Setiap pagi apabila mahu pergi kerja masalah utama yang dihadapi oleh wanita adalah memilih pakaian. Ada segelintir rakan-rakan saya terpaksa mengambil cuti sakit (MC beli :p) disebabkan kelewatan pergi ketempat kerja. Malah ada suami isteri dan pasangan kekasih bergaduh disebabkan menunggu pasangan bersiap terlalu lama. Mana tidaknya, masa yang diambil sehingga berjam lamaya semata-mata untuk memilih pakaian yang bersesuaian. Paling sukar bagi wanita yang bertudung. Tidak tahu untuk membuat padanan warna dan corak yang sesuai. Tahukah anda, warna memainkan peranan yang penting bagi penampilan kita. Setiap warna mempunyai maksud dan karakter yang tersendiri. Maksud dan karekter bagi setiap warna meliputi "Positif & Negetif".Di bawah adalah senarai maksud dan karakter bagi setiap warna. Tetapi saya hanya memberi senarai maksud dan karekter Positif sahaja kerana saya tidak mahu kehidupan kita dipengaruhi oleh perkara-perkara yang Negetif.
Hitam; -----------------------------------------------------------------------------
Formaliti, Kuasa Dan Kecanggihan
Kelabu; ------- _-
Kestabilan, Keselamatan, Kekuatan Peribadi, Berkuasa Dan Kematangan
Ungu; ------ ---
Royalti, Kemewahan, Maruah, Kebijaksanaan, Kerohanian, Semangat Dan Visi
Kuning; ---- - ---
Kegembiraan, Keriangan, Kemesraan, Akal, Tenaga, Kehangatan Dan Berhati-hati
Putih;
Kesegaran, Harapan, Kebaikan, Cahaya, Kemurnian, Kebersihan, Kesederhanaan, Ketenangan Dan Menyerah
Pink; ---------------------------------------------------------------------------- --------
Asmara, Kasih Sayang, Kesetian, Kecantikan, Cinta Dan Persahabatan.
Merah; ------- ---
Semangat, Berani, Cinta, Gaya, Keseronokan Dan Bertenaga
Biru; -- -------
Kasih sayang, Keikhlasan, Ketenangan, Keyakinan, Kestabilan, Keamanan Dan Integriti
Hijau; -------- ---
Kehidupan, Pembesaran, Alam Sekitar, Pemulihan, Wang, Keselamatan, Ketenangan Dan Kesegaran
Setiap warna yang dipakai oleh kita, menentukan karakter kita pada hari tersebut. Malah persekitaran kita juga secara tidak lansung akan berubah.Saya ambil contoh seperti apa yang saya pakai pada hari ini. Gabungan warna Pink Dan Hijau. Secara tidak lansung hari ini saya menjadi seorang yang lebih romantik bila berkata-kata dengan semua pekerja saya. Malah keyakinan diri terasa Cantik Dan Comel (biarlah orang mahu kata saya perasan tapi itulah apa yang saya rasa) membuatkan saya sangat berkeyakinan. Orang disekeliling saya sentiasa memberi senyuman pada saya malah ada juga mulut-mulut nakal (of course lelaki la) mengusik dan menjemput saya untuk "berdating" bersama mereka. Hello..Saya sudah berpunya.. :P Continue kembali mengenai warna dalam membentuk karakter... Bila saya memulakan tugas saya seperti biasa sebagai Setiausaha, sudah pasti surat-surat, minute meeting dan kertas kerja yang lain perlu saya selesaikan sebelum pulang. Jadi, warna Hijau yang saya pakai , membuatkan segala urusan yang dilakukan amat mudah disebabkan terdapat ketenangan dalam diri. Idea datang mencurah-curah sehingga Blog yang saya tuliskan dan kongsikan ini adalah dari hati saya yang amat tenang. Hijau juga adalah membawa karakter Wang. Hari ini gaji saya sudah masuk. Yeayy...
Akhir kata, pada sesiapa yang berminat untuk mengetahui bagaimana fesyen dan warna yang sesuai untuk di "Match" kan, anda boleh ke Facebook saya di Bella Amore atau hubungi saya melalui email saya di ayunazriayu@gamil.com . Nantikan ilmu-ilmu yang boleh saya kongsikan bersama anda pada Blog yang seterusnya. " Orang Yang Berjaya Adalah Orang Yang Memanfaatkan Ilmunya Kepada Orang Lain"
Sekian.
aYu @ Bella Amore

Hihihi.. Arini kuning
ReplyDeleteHahahaha.. Mesti Gembira dan Bertenaga kan? Yaeyy..Ambik senarai warna tu tampal kat dalam almari baju.. :)
Deleteemmmmm..beshnye bc blog u.semangat rasa terutama org spt sy yg sering mngalami keadaan spt itu setiap hari..maklumla..bdn sy nie besar dn ssh nk cr pkaian..n todayyy..im wearing green..yihaaaaa..n my mood hapyy 2day..sbb br spt gj smlm..hahahaha..n onemr thing..u punya email "gumil" or *gmail*??hehehe..
ReplyDeletehahahahaha.... typing error la.. GMAIL bkn Gamil... surry..
Deletesungguh ikhlas hatimu~~
ReplyDeleteerk.. ikhlass sangatttt.... :)
Delete